Netflix Menguji Kemampuan Menstrim Kandungan Yang Belum Habis Dimuat Turun

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak semua orang ada akses internet yang pantas atau mempunyai kuota tanpa had. Jadi kadangkala memuat turun kandungan Netflix secara luar talian perlu tumpang WiFi rakan, WiFi di tempat awam atau bagi yang ada had kuota – siri TV dengan 10 episod hanya boleh muat turun 2-3 episod sahaja. Kemudian, jika sambungan internet itu terlampai perlahan, proses muat turun boleh tergendala seperti ia akan dijeda secara tersendiri.

Terkini, Netflix menguji kemampuan menstrim kandungan yang belum habis dimuat turun. Ini bermakna, sambil anda sedang memuat turun filem atau siri TV kegemaran – anda boleh terus tonton semuanya. Proses muat turun tidak akan tergendala, jika baru 31% misalnya – anda sudah boleh tonton secara luar talian. Jika peranti kembali bersambung kepada Internet, anda boleh sambung muat turun seperti biasa.

Ciri ini ditawarkan kepada pengguna Android terpilih, sama ada telefon pintar ataupun tablet. Pengguna iOS pula hanya akan dapat menerima ciri ini di bulan-bulan akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami