Selangor Accelerator Programme 2021 (SAP 2021) dijadualkan bakal membuka tirainya mulai 28 Julai 2021. Pada tahun ini, pelaksanannya diteruskan secara maya sepenuhnya dan akan berlangsung selama 3 bulan yang dijangka tamat sekitar bulan September kelak. Sama seperti sebelum ini, ianya bakal disertai oleh 30 syarikat startup berpotensi yang terpilih meliputi pelbagai sektor perniagaan.
Program kali ini juga lebih memfokuskan kepada lima sektor utama dengan pembudayaan norma baharu. Ini termasuklah teknologi perbankan (Fintech), e-dagang (e-Commerce), perbandaran pintar (Smart City), teknologi pertanian (Agritech) dan teknologi hijau (Greentech). Mana-mana syarikat startup tempatan yang berminat dan memenuhi setiap kriteria ditetapkan adalah sangat dialu-alukan untuk mengikuti program ini. Sesi pendaftaran juga telah dibuka dan anda dinasihatkan untuk menghantar penyertaan dengan segera sebelum tarikh tutup pada 14 Julai 2021.
Pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh pihak penganjur buat para pemenang yang merangkumi sokongan kewangan dalam bentuk kredit awan, bantuan teknikal dalam bentuk latihan, dan lain-lain. Bukan itu sahaja, hadiah utama berupa wang tunai berjumlah sehingga RM50,000 turut ditawarkan buat mana-mana lima (5) finalis terbaik yang berjaya mempersembahkan produk dengan idea kreatif kepada para juri di acara kemuncak kelak. Tunggu apa lagi jangan lepaskan peluang sementara pendaftaran masih dibuka! Maklumat lanjut layari laman rasmi Sidec.
- Info Lanjut : Selangor Accelerator Programme 2021