FatBerry Dan Lalamove Memperkenalkan Cara Mudah Mencari Insurans Kenderaan Untuk Para Pekerja Perkhidmatan Penghantaran Seru-Panggil

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Platform insurans digital FatBerry dan perkhidmatan logistik dan penghantaran barangan tempatan Lalamove baru-baru ini telah menandatangani kerjasama untuk membolehkan angkatan perkhidmatan Lalamove untuk mendapatkan anggaran berpatutan apabila tiba masa untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan mereka.

Lalamove kini mempunyai seramai 20,000 penghantar barang yang terdiri daripada pemilik kereta, motorsikal, lori dan sebagainya. Dengan kerjasama bersama FatBerry, tidak kira sama ada mereka bekerja sepenuh masa ataupun separuh masa bersama Lalamove, penghantar barang ini bukan sahaja boleh menerima anggaran yang berbaloi, tetapi FatBerry juga akan menghantar pelekat cukai jalan baharu terus ke rumah pemilik kenderaan dengan cepat.

Ini adalah salah satu inisiatif FatBerry bersama-sama dengan Lalamove untuk mengurangkan beban para pekerja mereka yang rata-rata sibuk menghantar barang dari pengguna ke pengguna, dan mungkin tidak mempunyai begitu banyak masa untuk mengambil atau mencari anggaran terbaik secara manual.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform insurans digital FatBerry dan bagaimana anda boleh memanfaatkan platform ini untuk mendapatkan kadar faedah insurans terbaik, anda boleh melayari laman web mereka di sini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami