Xiaomi Mi Pad 6 Dilaporkan Akan Fokus Kepada Fotografi

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah bertahun Xiaomi tidak melancarkan tablet mereka, Mi Pad. Kali terakhir adalah Mi Pad 4, iaitu mirip iPad Mini dengan sistem operasi MIUI. Mi Pad juga dilihat bukan fokus Xiaomi, kerana Mi Pad 4 antara peranti terawal ditamatkan sokongan kemaskini – walaupun masih baru.

Tetapi bermula tahun ini, Mi Pad 5 mula kedengaran. Ia dilaporkan akan hadir dengan 11-inci LCD, resolusi 2K, dan menyokong kadar segar semula tinggi. Kamera pula adalah 20+13 Megapixel dengan modul seakan Mi 11, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan MIUI yang terkini. Cip dikatakan adalah Snapdragon 870, tetapi mungkin juga MediaTek Dimensity 1200. Belum lagi dilancarkan, peniris tertekenal Digital Chat Station mendakwa Xiaomi sedang membangunkan Mi Pad 6 pula. Atau mungkin tiada Mi Pad 5 dan diteruskan dengan Mi Pad 6?

Apa yang menarik adalah, Xiaomi dilihat mungkin akan menawarkan sebuah tablet yang memfokuskan fotografi. Ia mungkin seakan iPad Pro dengan sistem kamera yang cukup berkuasa. Menurut beliau, Xiaomi ingin tekankan dan mempromosikan tablet ini sebagai tablet dengan kamera yang hebat.

Ia mungkin untuk telesidang agar sesuai digunakan ketika belajar atau bekerja dari rumah. Mungkin juga untuk mereka yang sukakan saiz skrin besar dan ingin terus tangkap gambar. Apa-apa pun, masih awal lagi dan selagi Xiaomi tidak umum apa-apa – kita tidak boleh berharap yang semua ini akan menjadi kenyataan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami