Carian
Huawei Menjadualkan Acara Khas Pada 6 Julai – Memperkenalkan Sejumlah Produk Baharu
June 29, 2021 Aman

Huawei hari ini telah mengumumkan mereka akan menjadualkan sebuah acara khas pada 6 Julai 2021 ini, menyasarkan rantau Asia Pasifik. Dinamakan sebagai Huawei APAC Summer Product Launch, sejumlah peranti dijangka diperkenalkan, termasuk telefon pintar, tablet, dan juga jam tangan pintar.

Melalui gambar yang dikongsikan, sebanyak 6 produk dijangka diperkenalkan pada 6 Julai ini – memberikan petanda Huawei akan terus memfokuskan pasaran Asia Pasifik, termasuk Malaysia.

Antara peranti yang dijangka ditawarkan adalah termasuk tablet, jam tangan pintar, fon kepala dan monitor yang telah diumumkan baru-baru ini. Untuk makluman, beberapa produk sedia memasuki pasaran tempatan, seperti huawei Watch 3 dan juga Huawei MatePad Pro.

Kedua-dua peranti ini dijana dengan sistem operasi HarmonyOS serba baru, yang turut menjadi fokus Huawei sejak kebelakangan ini.

Huawei juga dijangka memperkenalkan siri Nova pada acara berkenaan.

Huawei Nova 8i

Disamping itu, desas-desus turut mengatakan Huawei akan berkongsi strategi pemasaran baharu untuk rantau ini pada acara berkenaan kelak.

Komen