Xiaomi Mungkin Sedang Membangunkan Alternatif AirTag Pada Harga Mesra Poket

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi kini dilaporkan mungkin sedang membangunkan alternatif Apple AirTag mereka tersendiri, pada harga lebih mesra poket pengguna.

Seperti ramai sedia maklum, Xiaomi menawarkan sejumlah produk pada harga yang rendah, sekaligus membolehkan ramai menggunakan dan menikmati peranti dan teknologi terkini. Salah satu penawaran mereka yang popular dan digunakan ramai adalah Mi Band – gelang tangan pintar pada harga lebih rendah berbanding pelbagai pengeluar lain di pasaran.

Terbaru, melalui sebuah paten yang didaftarkan Xiaomi, ia memberikan petanda Xiaomi sdang membangunkan “AirTag” mereka tersendiri.

Melalui penawaran peranti ini, ia membolehkan pengguna memasangnya pada sebarang barangan atau objek – seperti beg, dompet, alat kawalan, dan seterusnya menggunakan aplikasi khusus dalam menjejak dan mengetahui lokasi semasa objek atau barangan berkenaan.

Pada hari ini, antara yang sedia menawarkannya adalah termasuk Tile, Samsung dan juga Apple.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami