LinkedIn Dilaporkan Menghadapi Ketirisan Data – Melibatkan 700 Juta Pengguna

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LinkedIn kini dilaporkan menghadapi satu lagi ketirisan data, melibatkan data seramai 700 juta pengguna perkhidmatan sosial berkenaan. Ini sekaligus memberikan kesan terhadap hampir 92% pengguna perkhidmatan berkenaan.

Ini adalah kali kedua perkhidmatan sosial berkenaan menghadapi ketirisan data dalam tempoh setahun. Pada April 2021 lepas, LinkedIn telah mengesahkan yang mana mereka telah mengesan ketirisan data melibatkan 500 juta pengguna mereka.

Data seramai 700 juta pengguna baru ini kini telah mula dijual melalui DarkWeb, dan pengodam berkaitan telah menerbitkan set data untuk seramai 1 juta pengguna. Semakan beberapa pihak mendapati ia adalah set data terkini, yang turut menyertakan sejumlah info peribati, termasuk emel, alamat fizikal,nombor telefon, dan info berkaitan gaji.

Ia dikatakan data berkenaan didapati pengodam berkenaan menggunakan API yang disediakan oleh LinkedIn, dan seterusnya menghimpunkan data untuk seramai 700 juga pengguna perkhidmatan berkenaan.

Memandangkan ia menggunakan API, maka kata laluan tidak terjejas dalam ketirisan kali ini.

Apa pun, pengguna dinasihatkan untuk terus berhati-hati dengan sebarang ancaman berbentuk phishing yang mungkin timbul, disamping sentiasa menggunakan sokongan pengesahan dwi-faktor dalam kekal selamat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami