GitHub Memperkenalkan Sokongan AI Untuk Pengaturcaraan Melalui GitHub CoPilot

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

GitHub sedia dikenali ramai pengguna seluruh dunia dalam memudahkan proses kolaborasi dalam pengaturcaraan, pengurusan kod, pengurusan projek, dan sebagainya. Terbaru, dalam usaha memudahkan lagi para pengaturcara dalam menulis kod, mereka telah memperkenalkan ciri baharu dinamakan GitHub CoPilot.

GitHub CoPilot akan menggunakan sokongan kecerdasan buatan, dalam memberikan cadangan dan melengkapkan kod yang sedang dibangunkan oleh seseorang. CoPilot juga akan mempelajari pada latar dari masa ke semasa, dalam memahami apa yang sedang dibangunkan seseorang pengaturcara – dan memudahkan proses pengaturcaraan pada masa akan datang dengan mengautomasikan dan mencadangkan kod secara automatik.

Dengan pengenalan ini, ia akan menjadikan proses pembangunan kod dan pengaturcaraan lebih pantas berbanding kebiasaan. 

Secara ringkas, ia beroperasi seumpama ciri autolengkap yang terdapat pada GMail Smart Compose – dimana ia akan mencadangkan sejumlah teks secara automatik, dan pengguna boleh melakukan penyuntingan secara manual.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak GitHub CoPilot hari ini, dan menggunakannya dalam pengaturcaraan anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami