Carian
Facebook Memperkenalkan Platform Langganan Buletin Tersendiri – Facebook Bulletin
June 30, 2021 Aman

Pada tahun ini, kita sedia melihat perkembangan positif untuk platform penerbitan buletin – dipopularkan oleh Substack. Selain itu, Twitter turut mengambil-alih Revue dan mengintegrasikan ciri berkenaan pada platform mereka.

Terbaru, Facebook turut memperkenalkan perkhidmatan penawaran mereka tersendiri, dinamakan Facebook Bulletin.

Facebook

Bulletin ditawarkan sebagai sebuah platform berasingan, membolehkan penerbit atau sesuatu jenama menggunakannya dalam menerbitkan kandungan mereka tersendiri.

Buat masa ini, ia ditawarkan dalam bentuk beta. Menariknya, penerbit kandungan turut boleh mengintegrasikan ia bersama Facebook Pay untuk menerima bayaran langganan. Setiap penerbit turut boleh menetapkan harga langganan masing-masing.

Facebook mengatakan dengan mengasingkan ia, seseorang penerbit atau penulis boleh membangunkan pembaca dan pengikut bebas daripada platform Facebook. Tetapi, pada masa sama, ia boleh turut diintegrasikan bersama Facebook Pages, dan sebagainya.

Sebelum ini, mengikut desas-desus, ia diperkatakan Facebook akan mengasingkan Bulletin sebagai jenama berasingan supaya ia tidak terkesan dengan sebarang kontroversi yang melanda platform sosial berkenaan – selain memudahkan penulis untuk menulis secara bebas termasuk mengkritik Facebook.

Untuk permulaan, Facebook menawarkan Bulletin di Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan dijangka akan membuka penyertaan kepada penulis dan penerbit kandungan luar tidak lama lagi. Sementara itu, kandungan yang diterbitkan masih boleh diakses pembaca seluruh dunia tanpa masalah.

Komen