Google Melancarkan Laman Memaparkan Lokasi Bank Makanan Berhampiran

Diterbitkan pada Jun 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pandemik mendedahkan kepincangan sistem bantuan sosial sedia ada. Dengan jumlah mereka yang memerlukan bantuan selepas lebih 15 bulan bertarung dengan Covid-19, kita mula melihat kempen kibar bendera putih di media sosial bagi memudahkan bantuan diberikan secara langsung tanpa menggunakan saluran rasmi kerajaan.

Namun begitu dengan terdapat banyak NGO dan bank makanan, Google mengumumkan mereka melancarkan laman Find Food Support. Laman dibuka selepas Google melihat peningkatan carian untuk bank makanan dan bantuan makanan percuma yang meningkatkan sejak setahun yang lalu. Laman pada waktu ini menyenaraikan 90,000 pusat bantuan makanan komuniti di 50 negeri di Amerika Syarikat.

Dengan projek bantuan oleh rakyat untuk rakyat dan momentum pergerakan kibar bendera putih bertambah, mungkin Google perlu memberikan sokongan laman ini ke peringkat global.

Sumber Google

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami