Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Z Flip3 5G dan Z Fold3 akan dilancarkan pada penghujung Ogos dan beberapa imej pengolokan rasmi telah tertiris sebelum ini. Tetapi semalam imej pengolokan rasmi peranti skrin boleh-lipat ini dari pelbagai sudut pula muncul ke arena web menerusi laman Giznext.

Pada kedudukan terbuka, Z Flip3 5G kelihatan seperti sebuah peranti Pixel. Panel kaca yang besar di bahagian luar adalah untuk skrin sekunder dengan dua lensa kamera utama disusun secara menegak. Mekanisme engsel yang digunakan masih lagi sama. Peranti kelihatan lebih kemas untuk interasi ketiganya dengan bingkai yang kelihatan lebih rata.

Penggunaan pengimbas cap jari sisi terbina pada butang kuasa juga dapat dilihat. Seperti pada Z Fold3, Samsung belum bersedia menggunakan teknologi kamera bawah skrin. Skrin masih jelas menunjukkan lubang kamera yang bersaiz kecil.

Peranti nampaknya akan ditawarkan dalam lapan pilihan warna. Ya ini bukan typo tetapi Samsung memang akan menawarkan Z Flip3 5G dengan pilihan warna seperti pelangi yang mengingatkan kami kepada penawaran warna untuk S20 FE tahun lalu.

Selain warna yang lebih cerita, Samsung juga dilaporkan akan menjual kedua-dua peranti skrin boleh-lipat mereka tahun ini pada harga yang lebih murah. Seperti yang telahpun dapat kita lihat di Malaysia, potongan harga melampau diberikan kepada Z Flip 5G dan Z Fold2 hanya beberapa bulan yang lalu.

Sumber Giznext

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd