Vivo S10 Mungkin Dilengkapi Cip Mediatek Dimensity 1100, Kamera 108MP

Diterbitkan pada Jun 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, terdapat desas-desus mengenai Vivo yang dikatakan bakal mengumumkan peranti pintar baharu di China sekitar bulan Julai ini. Peranti berkenaan dikenali sebagai Vivo S10 dan sejumlah informasi dan butiran berkaitannya didapati telah tertiris ke arena web.

Vivo S10 merupakan model kesinambungan daripada Vivo S9 yang dilancarkan sekitar awal Mac yang lalu. Peranti ini dipercayai akan menggunakan cip pemprosesan yang sama seperti pendahulunya menerusi janaan cip MediaTek Dimensity 1100. Ia kemudiannya, turut dipadankan dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM yang menyokong memori tambahan 4GB RAM. Tidak habis disitu, Vivo S10 juga akan dilengkapi bateri dengan sokongan pengecasan pantas 44W, storan berasaskan UFS 3.1, NFC dan menjalankan OriginOS berasaskan Android 11.

Vivo S10 akan modul kamera belakang berbentuk segi empat lengkap dengan dengan tri-kamera utama bersama susunan berbentuk huruf L. Jelas kelihatan, turut terdapatnya tulisan 108MP – sekaligus memberi bayangan ia akan menggunakan sensor utama 108-Megapixel. Vivo 10 juga dipercayai menggunakan panel hadapan bertakuk yang sama seperti Vivo S9 dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian hadapan.

Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang diketahui. Sekadar makluman, Vivo sebelum ini telah melancarkan dua model berbeza untuk siri Vivo S9. Dengan ini, ada kemungkinan Vivo turut mengumumkan lebih daripada satu model untuk kali ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : GSMARENA

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami