Markah Penanda Aras Cip Exynos Dengan GPU AMD Mengalahkan Apple A14 Bionic

Diterbitkan pada Jun 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam dunia cip peranti mudah alih setakat ini, Apple 14 Bionic masih di atas meninggalkan Snapdragon 888 dan Exynos 2100. Selepas dua generasi cip Exynos gagal memberikan prestasi yang memuaskan, Samsung memulakan kerjasama dengan AMD. Tahun ini cip Exynos akan akhirnya dilengkapi GPU AMD RDNA2 yang diharapkan memberi prestasi seakan konsol generasi semasa.

Semalam markah penanda aras cip yang mungkin menggunakan nama Exynos 2200 dalam ujian 3D Mark Wild Life telah ditiriskan oleh Ice Universe. Dengan 8134 markah, ia dengan mudah memintas 7668 markah yang dicatatkan Apple A14, 7515 markah dicatatkan Apple A13 Bionic dan 5723 markah yang dicatatkan Snapragon 888.

Menurut Ice Universe lagi, cip yang diuji masih lagi menggunakan CPU ARM Cortex-A77 dan bukan Cortex-A78 yang diumumkan Mei tahun ini. Oleh itu jika CPU yang lebih terkini digunakan, markah yang lebih tinggi pasti boleh dicatatkan. Pelancaran cip Exynos 2200 dijangka dilakukan pada bulan Julai dengan produk pertama yang menggunakannya ialah komputer riba.

Sumber @UniverseIce

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami