Zoom mengumumkan mereka telah mengambil alih Kites (Karlsruhe Information Technology Solutions) yang berpangkalan di Jerman bagi membantu membangunkan sistem alih bahasa masa nyata mereka. Menerusi kecerdasan buatan Kites, perbualan di antara dua pengguna Zoom yang tidak menggunakan bahasa yang sama dapat dilakukan secara masa nyata.
Selain mengalih bahasa secara masa nyata dan memaparkannya dalam bentuk sari kata, ia juga boleh digunakan untuk menghasilkan transkripsi untuk pengguna OKU pendengaran. Sebagai platform telesidang paling popular di dunia sejak pandemik bermula, Zoom telah mula menawarkan ciri baharu untuk produk mereka terus kekal kompetitif.
Walaupun dunia sudah mula dibuka, Zoom meneruskan usaha membangunkan Events – platform penstriman berbayar untuk menjana pendapatan terus dari rumah.
Sumber Zoom