Honor X20 SE Dilancarkan – Cip MediaTek Dimensity 700, Kamera 64MP

Diterbitkan pada Jun 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah tertiris dalam beberapa imej sebenar, Honor X20 SE akhirnya diperkenalkan untuk pasaran China. Antara tumpuan utama pada peranti pintar ini adalah sokongan rangkaian 5G terbina, tri-kamera dengan sensor utama 64MP, sokongan pengecasan pantas 22.5W dan lain-lain.

Untuk spesifikasi khusus, Honor X20 SE membawakan skrin bersaiz 6.6-inci TFT LCD dengan resolusi FHD+ ( 2400 x 1080 piksel). Ia kemudiannya, turut dipadakan dengan cip MediaTek Dimensity 700, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Tetapan kamera terdiri dengan sensor utama 64-Megapixel. Seterusnya, ia diikuti dengan 2-Megapixel (kedalaman) dan 2-Megapixel untuk tujuan makro. Kamera hadapan pula adalah sebesar 16-Megapixel yang boleh digunakan untuk tujuan tangkapan gambar swafoto atau panggilan video. Lain-lain spesifikasi adalah port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, bluetooh 5.1 dan banyak lagi. Di China, Honor X20 SE dijual pada harga bermula RMB1,799 (~RM1,156).

Sumber : Honor China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami