Carian
Imej Pengolokan Oppo A16 Menunjukkan Penggunaan Tri-Kamera
June 30, 2021 Amy Maizuraa

Oppo sebelum ini sedia hadir dengan penawaran Oppo A15 dan A15s yakni peranti dengan spesifikasi asas yang dijual pada harga mampu milik. Di Malaysia, Oppo A15 ditawarkan pada RM499. Sementara itu, Oppo A15s pula berharga RM599. Antara tumpuan utama yang diketengahkan pada kedua-duanya adalah skrin besar, sistem tri-kamera dengan fungsi AI dan bateri yang memadai.

Dalam perkembangan terkini, Oppo dilihat dalam perancangan hadir dengan pengganti seterusnya iaitu Oppo A16. Kewujudannya telah ditemui menerusi sejumlah laman pensijilan termasuklah Geekbench. Bukan itu sahaja, rekaan fizikalnya juga turut diperlihatkan dalam beberapa imej pengolokan yang dikongsi oleh Evan Blass.

Oppo A16 akan mempunyai modul kamera berbentuk segi empat lengkap dengan sokongan tri-kamera di belakang. Seterusnya, panel hadapan adalah sejenis bertakuk kecil dan turut kelihatan terdapatnya binaan dagu yang agak tebal. Butang kuada diletakkan pada sisi kanan yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Manakala, butang laras audio pula ditempatkan pada sisi yang bertentangan. Imej dikongsi turut menunjukkan Oppo A16 akan didatangkan dalam empat pilihan warna seperti hitam, putih, kuning, dan biru.

Menurut spekulasi awal, Oppo A16 akan dibekalkan bateri sebesat ,5000mAh yang menyokong pengecasan 10W. Seterusnya, ia juga mungkin dipadankan dengan cip MediaTek Helio G35, mamori 4G RAM dan skrin LCD bersaiz 6.5-inci dengan resolus HD+. Tiada sebarang maklumat berkaitan tarikh pelancaran peranti yang diketahui buat masa ini. Sama-sama nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : Evan Blass

Komen