PDRM Memohon Kerajaan Mempertimbangkan Pengambilan Sampel DNA Setiap Bayi Untuk Pangkalan Data Kebangsaan

Diterbitkan pada Jun 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekiranya anda menonton siri CSI, DNA ialah bahan bukti utama untuk menyelesaikan pelbagai kes jenayah. Teknologi ini sebenarnya agak baru dengan kes pertama menggunakan bukti berlalu di UK pada tahun 1986. Kini pihak Polis Diraja Malaysia ingin kerajaan menimbangkan mengambil sampel DNA setiap bayi yang baru lahir untuk pangkalan data mereka.

Bayi

Argumen yang diberikan selama ialah ini akan menyelesaikan pelbagai kes jangka pendek seperti pembuangan bayi dan jangka panjang untuk kes bunuh. Beberapa kes besar di Malaysia berjaya diselesaikan menggunakan bukti DNA seperti pembunuhan Canny Ong dan Noor Suzaily Mukhtar.

Jabatan Kimia Malaysia sudah melakukan ujian DNA untuk kes jenayah sejak 1994 dengan pangkalan data menyimpan hampir 15,000 profil sehingga awal dekad yang lalu. Mungkin mengejutkan tetapi kesemua data ini disimpan secara luar talian menggunakan cakera optik. Malahan dari 15,000 hanya sekitar 9000 masih boleh digunakan kerana teknologi DNA yang lebih maju diperlukan untuk pembuktian dalam mahkamah.

Pihak Polis sebenarnya sudah memohon kerajaan membangunkan pangkalan data DNA atas talian seperti CODIS (Combined DNA Index System) milik FBI sejak 2008 tetapi tidak diluluskan kerana isu politik dan perdebatan mengenai hak asasi rakyat Malaysia. Di atas kertas pangkalan data atas talian yang menyimpan maklumat DNA setiap rakyat di Malaysia memang akan menyelesaikan pelbagai isu jenayah.

Namun begitu kerajaan Malaysia tidak mempunyai rekod yang baik menyimpan data peribadi. Kes ketirisan mega jutaan nombor telefon dan MyKad peribadi pengguna perkhidmatan selular sehingga kini seakan cuba dilupakan. Jika data seperti itupun boleh tertiris, apa pula akan terjadi sekiranya data DNA pula tertiris?

Sumber @Bernama

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami