Cari @ Amanz

Xiaomi akhirnya melancarkan Mi Notebook Pro X yang merupakan komputer riba mercu gaming terkini mereka di China hari ini. Sesuai dengan nama Pro, komputer riba ini dilengkapi pelbagai teknologi terkini yang membuatkannya antara yang paling berkuasa tetapi pada harga yang lebih mampu milik.

Mi Notebook Pro X dilengkapi skrin 15.6″ OLED dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 60Hz. Untuk ketahanan, skrin menggunakan Gorilla Glass sementara skrin pula mampu memaparkan 100 warna SRGB dan DCI-P3. Bagi penggemar HDR, skrin mempunyai keterangan sehingga 600 nits yang melepas piawaian VESA DisplayHDR 500.

Dari segi pilihan pemproses pula, dua cip Intel Core i7-11370H dan Intel Core i5-11300H generasi ke-11 ditawarkan dengan pilihan memori sehingga 32GB dan storan SSD pula sehingga 1TB. Sementara itu sebuah GPU NVIDIA GeForce RTX 3050Ti dengan 4GB DDR6 RAM turut disertakan untuk pengalaman permainan video tinggi.

Papan kekunci adalah dari jenis chicklet dengan sokongan lampu. Sebuah kamera web diletakkan pada bahagian bezel tetapi hanya sekadar 720P sahaja. Pengimbas cap jari diletakkan secara terbina pada butang kuasa dan sistem audio dengan output 4W pula data oleh Harman Kardon dengan sokongan Dolby Audio.

Pilihan I/O ialah 1xUSB-C untuk mengecas, 1x USB-C Thunderbolt 4, 2x USB-A USB 3.2 Gen-2, 1x HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm. Sambungan rangkaian WiFi pula adalah sehingga WiFi 6. Akhir sekali sebuah bateri sebesar 80Wh disertakan yang menyokong pengecasan pantas 130W. Kesemuanya dimasukkan ke dalam kerangka aluminium bersaiz 447 x 118 x 332mm dan seberat 1.9 kg.

Harga jualan Mi Notebook Pro X bermula dari RMB 7,999 (~RM5141) untuk model IntelCore-i5 dan RMB 9,999 (~RM6427) untuk model Intel Core-i7.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd