Selang Waktu Baru Dos Kedua Suntikan Astra Zeneca Akan Diumumkan Pada 1 Julai

Diterbitkan pada Jun 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang sedia maklum, mereka yang menerima suntikan vaksinasi Astra Zeneca perlu melakukannya dua kali, dimana selang waktu antara kedua-dua suntikan tersebut adalah sekitar 12 minggu selepas suntukan pertama.

Terkini, selepas pelbagai ujian lagi oleh pihak Oxford dan pengkaji perubatan yang lain, pihak JKJAV yang diketuai oleh Menteri Penyelaras Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman baru pada 1 Julai 2021 mengenai selang waktu dos kedua suntikan Astra Zeneca tersebut.

The Star melaporkan bahawa pengumuman tersebut akan memperlihatkan selang waktu yang baru, dan menjangkakan bahawa ia akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerima suntikan kedua dalam masa yang lebih rapat berbanding apa yang diumumkan sebelum ini.

Terdapat juga banyak pertanyaan mengenai campuran suntikan vaksinasi, khususnya dengan vaksin Pfizer yang sudahpun dilakukan oleh banyak negara-negara lain. Pada mulanya ia diagak bahawa Malaysia juga akan mengikuti langkah tersebut, tetapi laporan yang sama mengatakan bahawa Malaysia akan mengikut aturan suntikan sedia ada, dan tidak akan mencampur suntikan vaksin buat masa ini.

Walaupun begitu, Khairy turut mengatakan bahawa pendirian ini akan berubah apabila pihak pengkaji tempatan merasakan bahawa mereka akan mempertimbangkan perkara tersebut apabila mereka menerima lebih banyak data mengenainya.

Sumber: The Star

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami