Cari @ Amanz

Terbaru, salah satu desas-desus yang sedang hangat diperkatakan di arena internet adalah Nokia bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, yang menjalankan sistem operasi HarmonyOS.

Seperti ramai sedia maklum, HarmonyOS merupakan sistem operasi baharu yang dibangunkan oleh Huawei sebagai alternatif untuk Android. Ia juga ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka, selain beberapa pengeluar telah menyatakan akan menggunakan platform berkenaan.

Nokia

Desas-desus baharu ini mengatakan Nokia akan memperkenalkan Nokia X60 menggunakan HarmonyOS.

Selain itu, laporan sama mengatakan Nokia turut akan melengkapkan ia dengan bateri berkapasiti 6000mAh, dan mungkin menyertakan kamera sehingga 200MP.

Untuk makluman, buat masa ini, ia hanya sekadar desas-desus sahaja, dan tidak disahkan oleh pihak Nokia lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd