WhatsApp Beta Kini Membolehkan Anda Menghantar Gambar Yang Hilang Selepas Sekali Dilihat

Diterbitkan pada Jun 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp kini dilihat sedang dalam persiapan memperkenalkan salah satu ciri baharu untuk pengguna mereka – iaitu kebolehan untuk menghantar sesuatu gambar yang hilang secara automatik selepas ia dibuka dan dilihat oleh penerima sekali.

Fungsi baru ini sedang diuji pada WhatsApp Beta bermula hari ini. Melaluinya, ketika menghantar sesuatu gambar, pengguna dipaparkan ikon berbentuk pemasa – menandakan gambar yang dihantar berkenaan akan hilang selepas sekali dibuka.

Pada bahagian penerima pula, tiada sebarang paparan gambar dipaparkan pada tetingkap sembang – dan memerlukan mereka membuka dan melihatnya.

Ketika membuka buat pertama kali, sebuah notifikasi dipaparkan berkenaan dengan ciri ini. Selepas itu, tiada lagi sebarang notifikasi dipaparkan untuk penghantaran kali kedua dan seterusnya.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna untuk menghantar sesuatu gambar dengan lebih mudah yang bertujuan sementara – seperti sesuatu dokumen dan sebagainya. Namun, hendaklah diambil perhatian yang mana penerima masih boleh melakukan tangkapan skrin, dan menyimpan gambar yang dihantar tersebut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami