NFT Kod Sumber Internet Tim Berners-Lee Berjaya Dilelong Pada Harga $5.4 Juta

Diterbitkan pada July 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada pertengahan bulan lalu bapa Internet Tim Berners-Lee menawarkan kod sumber Internet pertama dunia dalam bentuk NFC. Semalam lelongan untuk NFT ini telah dilakukan menerusi Sotheby’s dan ia berjaya dijual pada harga $5.4 juta (~RM22.4 juta). Ini adalah nilai bidaan yang tinggi kerana pada awalnya ia hanya diletakkan pada harga $1000.

Tim Berners Lee

Yang hasil lelongan ini akan disalurkan kepada a Sir Tim & Lady Berners-Lee. Pembeli NFT bukan sahaja akan menerima kod sumber World Wide Web tetapi juga Nvisual bergerak untuk hampir 10,000 baris kod, sebuah surat yang ditulis oleh Sir Tim dalam proses pembangunan kod, dan juga sebuah poster kod penuh  yang dibangunkan oleh Sir Tim berasaskan Python.

Sumber BBC

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami