Apple melancarkan TWS Beats Studio Buds beberapa minggu lalau sebagai fon telinga untuk mereka yang inginkan rekaan dalam warna lebih ceria. Tidak seperti AirPods Pro, Studio Bods ditawarkan dalam pelbagai warna seperti hitam dan merah selain putih. Kini menurut Ming-Chi Kuo, TWS ini sebenarnya menggunakan cip keluaran MediaTek dan bukannya Apple H1 seperti fon telinga AirPods.
Menurut beliau cip MediaTek membolehkan keserasian Studio Buds pada peranti Android. Apple melihat AirPods menyasarkan pengguna produk Apple dengan Beats menyasarkan pengguna ekosistem lain. Pada laman produk rasmi Studio Buds memang tiada langsung kenyataan bahawa cip H1 digunakan tidak seperti produk audio lain Apple.
Selain keserasian lebih baik dengan produk Android, Studio Buds juga boleh ditawarkan pada harga lebih mampu milik berbanding AirPods. Cip juga lebih pantas dihasilkan dan kemudian digunakan pada produk Beats. Apple telahpun mengusai pasaran TWS premium dengan AirPods dan nampaknya kini cuba mendominasi pasaran TWS lebih mampu milik pula.
Sumber IT Home