Cari @ Amanz

AMD dilihat semakin serius dalam mengeluarkan lebih banyak kad grafik kelas gaming untuk pelbagai jenis pemain, dan terkini, ia dilihat bahawa rekaan untuk salah satu daripada kad grafik yang akan diumumkan mereka di masa akan datang telah tertiris ke arena web.

Kad grafik yang diperkatakan ialah AMD Radeon RX 6600 XT, yang mana ia dikatakan adalah kad grafik RDNA 2 kelas pertengahan dan mampu milik, dan hadir dengan rekaan yang lebih padat berbanding dengan kad-kad grafik AMD Radeon RX 6000 sebelum ini.

Daripada imej pengolokan yang dapat dilihat, kad grafik ini hadir dengan rekaan yang cukup padat sekali, dan mempunyai satu kipas penyejuk sahaja, membuatkannya cukup sesuai untuk digunakan didalam komputer yang mempunyai rekaan kecil seperti mATX ataupun ITX.

Dari segi spesifikasi dalaman, ia dijangka bahawa kad grafik AMD Radeon RX 6600 XT ini akan menggunakan cip grafik Navi 23 dan akan tiba dengan memori GDDR6 sebanyak 8GB. Selain daripada itu, AMD juga dijangka akan melancarkan model AMD Radeon RX 6600 tanpa nama XT, sama seperti model-model kad grafik lain dalam siri ini.

Setakat ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah AMD akan mengumumkan ketibaan kad grafik ini secara rasmi.

Sumber: VideoCardz

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd