Micron Akan Menjual Kilang Pembuatan Cip Storan Mereka Di Utah Kepada Texas Instruments Untuk $900 Juta

Diterbitkan pada July 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Micron ialah sebuah syarikat pembuat cip storan dan memori yang menjadi popular selepas kerjasama dengan Intel untuk membangunkan cip storan Intel 3D XPoint yang digunakan didalam storan Intel Optane yang digunakan untuk mempercepatkan akses data dalam cakera keras dan juga sebagai memori sandaran.

Akan tetapi, Micron akhirnya menjual pegangan mereka didalam kerjasama tersebut kepada Intel, dan ia diketahui bahawa mereka sedang mencari pembeli untuk kilang pembuatan storan digital mereka di Lehi, Utah, khususnya kerana kilang tersebut dibina khusus untuk mengilangkan memori tersebut.

Terkini, ia dilaporkan bahawa Micron telahpun menemui pembeli untuk kilang tersebut, iaitu Texas Instruments, sebuah lagi syarikat teknologi yang dikenali untuk membangunkan komponen-komponen elektronik yang menguasakan pelbagai jenis peranti elektronik di pelbagai jenis pasaran.

Texas Instruments dilaporkan akan membeli kilang Lehi, Utah tersebut pada nilai $900 juta, yang mana mereka bukan sahaja akan mengambil-alih kilang tersebut, tetapi juga pekerja-pekerja yang ditugaskan di lokasi itu. Menurut Texas Instruments, pembelian kilang ini adalah sebahagian daripada fasa pengembangan output syarikat tersebut, yang mana rata-rata semua industri memerlukan jumlah komponen elektronik yang lebih banyak sekarang.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami