Carian
TikTok Memadam Sebanyak 61 Juta Video Yang Tidak Mematuhi Garis Panduan Pada Suku Pertama 2021
July 1, 2021 Nazrin

TikTok kini boleh dikatakan ialah platform video ringkas yang paling popular di dunia yang mana ia digunakan oleh pengguna pada pelbagai lapisan umur. Oleh kerana ini, ByteDance, syarikat di sebalik platform tersebut memandang serius cara penggunaan platform mereka, dan sentiasa cuba untuk memastikan ia selamat digunakan semua orang.

Terkini, ia dilaporkan bahawa pada suku pertama tahun ini sahaja, pihak pengelola TikTok telah memadam sebanyak 61 juta video yang diterbitkan dalam masa tiga bulan tersebut kerana tidak mematuhi garis panduan penggunaan aplikasi tersebut.

Menariknya, sekitar separuh daripada video-video yang dipadamkan oleh TikTok pada suku pertama tahun ini datang dari Amerika Syarikat, Pakistan, Brazil, Rusia dan Indonesia. Antara jenis kandungan yang paling banyak dipadam termasuklah kandungan yang berbaur seksual, perkauman, buli dan bersifat kebencian.

Pada awal tahun ini, TikTok memperkenalkan beberapa fungsi sekuriti baru, khususnya untuk golongan remaja 13-15 tahun, dimana akaun-akaun tersebut akan ditetapkan secara automatik ke mod terlindung, dan mengehadkan akaun-akaun yang boleh memuat-turun video-video mereka.

Ini adalah sebahagian daripada usaha pihak TikTok untuk memastikan platform mereka selamat digunakan oleh golongan remaja dan dewasa muda, dan untuk memastikan persekitaran digital yang tidak boleh dimanfaatkan oleh pemangsa atas talian.

Sumber: TikTok

Komen