Yoodo Kini Menawarkan 20GB Data Untuk iQiyi Pada Harga RM1 – Strim Anime Dengan Mudah

Diterbitkan pada July 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yoodo sedia menawarkan pas data khas untuk beberapa perkhidmatan, dan terbaru menambahnya adalah penawaran untuk perkhidmatan penstriman video iQiyi.

iQiyi menawarkan akses kepada kandungan video secara percuma – termasuk untuk pelbagai siri anime terbaru, termasuk OnePiece, Boruto, Demon Slayer, Jujutsu Kaisen, Tokyo Revengers, My Hero Academia dan banyak lagi.

Melalui kerjasama ini, pengguna boleh mendapatkan pakej data khas iQiyi pada harga RM1 untuk 20GB. Promosi ini ditawarkan sehingga 30 September 2021 kelak.

Selepas tempoh berkenaan, pakej data khas iQiyi ini akan berharga sebanyak RM7 untuk 20GB bermula 1 Oktober 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami