Carian
United Airlines Menawarkan Sistem Infohibur Yang Menyokong Audio Bluetooth
July 1, 2021 Effi Saharudin

Semua telefon pintar di pasaran menyokong tambatan aksesori audio secara bluetooth sehingga bicu audio 3.5mm kini hampir pupus seperti Harimau Malaya di belantara. Akibatnya aksesori audio yang ditawarkan di pasaran juga sudah tidak menyokong sambungan secara berwayar. Ini menjadi isu jika ia ingin digunakan dalam kapal terbang yang masih memerlukan sambungan secara berwayar.

United Airlines telah mengumumkan mereka akan menaiktaraf kesemua sistem infohibur yang digunakan dalam pesawat Airbus dan Boeing milik mereka. Sistem infohibur dalam pesawat terkini Panasonic Avionics ini akhirnya menyokong penggunaan fon teling dan fon kepala nirwayar.

Pada fasa awal sistem infohibur ini akan diberikan kepada semua penumpang pesawat Boeing 737 Max dan Airbus 321neo yang baru diterima dengan proses naik taraf dijangka dapat dilakukan menjelang 2025. Sebagai insan yang kerap tertinggal penyesuai bicu audio 3.5mm dan tidak mahu menggunakan fon kepala yang diberikan dalam pesawat, ini ialah penaiktarafan yang sudah lama kami inginkan. Kini hanya perlu menanti dunia dibuka semula selepas wabak berjaya ditentang.

Sumber United

Komen