Apple Kini Menawarkan Sistem Operasi Retro Secara Percuma – OSX Lion Dan OS X Mountain Lion

Diterbitkan pada July 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sebelum ini menawarkan kemaskini sistem operasi secara berbayar dalam mendapatkan pengesahan dan menaik-taraf ke versi baru. Namun, ia telah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selari dengannya, kini Apple turut telah mula menawarkan dua versi sistem operasi lama mereka secara percuma – membolehkan pengguna komputer Mac lama memuat-turunnya sekiranya diperlukan.

Dua versi yang ditawarkan adalah OS X 10.7 Lion dan juga OS X 10.8 Mountain Lion.

OS X Lion telah diperkenalkan pada 2011 yang lepas, sementara OS X 10.8 Mountain Lion pula pada tahun 2012.

Bagi anda yang mempunyai komputer Mac lama, dan memerlukan fail pemasangan sistem operasi OS X lama, mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma melalui laman sokongan Apple – berbanding perlu membelinya melalui Apple Store pada harga RM59.

Muat-turun : OS X 10.7 Lion

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami