Honor Malaysia Umum Sokongan Jaminan Untuk Peranti Dibeli Bermula 1 April 2021 – Peranti Sebelumnya Disokong Oleh Huawei Malaysia
July 1, 2021
Honor
Aman
Honor kini telah mengumumkan yang mana Huawei Malaysia akan meneruskan penawaran khidmat pelanggan dan jaminan selepas jualan untuk peranti-peranti yang dibeli sebelum 1 April 2021.
Untuk peranti yang dibeli bermula 1 April 2021 pula, sokongan jaminan dan khidmat pelanggan akan ditawarkan oleh pihak Honor Malaysia.

Perubahan ini hadir disebabkan oleh pengasingan syarikat Honor daripada Huawei, dan kini ia diambil-alih oleh Shenzhen Zhixin New Information Technology Co., Ltd sejak November 2020 lepas.
Bagi anda yang membeli peranti Honor sebelum 1 April 2021, boleh menyemak laman Huawei Malaysia dalam mendapatkan khidmat sokongan dan jaminan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.