Cari @ Amanz

Chromebook merupakan komputer riba yang dipasarkan menggunakan sistem operasi Chrome OS daripada Google. Sistem operasi berkenaan sendiri telah dibangunkan berasaskan kepada pelayar web Chrome, dan menyertakan sejumlah ciri menarik, termasuk fokus terhadap perkhidmatan berasaskan web.

Dengan puluhan juta pengguna Chromebook, kini Opera turut mengumumkan pengenalan pelayar web alternatif pertama untuk pengguna Chromebook.

Pelayar web Opera untuk ChromeOS ini hadir dengan sejumlah ciri menarik, termasuk sokongan penghalang iklan, tema warna mengikut citarasa, bebas penjejak, dan juga dompet kripto terbina.

Disamping itu, ia juga turut hadir dengan akses pantas ke WhatsApp, Telegram, Twitter, Facebook Messenger dan Instagram.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Opera untuk ChromeOS hari ini, dan mencubanya sendiri pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd