Instagram Sedang Membangunkan Ciri “IG Stories” Berbayar

Diterbitkan pada July 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram pada hari ini sedia menawarkan sokongan Instagram Stories, yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan dalam bentuk gambar, video atau teks yang hilang selepas tempoh 24 jam.

Terbaru, dalam usaha mengalakkan penerbit kandungan menawarkan kandungan eksklusif kepada pengikut mereka, Instagram sedang membangunkan ciri Instagram Stories berbayar.

Dengan langkah ini, pengikut seseorang itu perlu melakukan pembayaran dan langganan sebelum dapat melihat perkongsian eksklusif berkenaan.

Pengikut juga tidak boleh membuat rakaman skrin untuk Instagram Stories yang dikhaskan berkenaan.

Buat masa ini, ciri ini sedang pada peringkat pembangunan lagi, dan tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan kepada semua.

Bagi anda, adakah anda sanggup melakukan bayaran untuk mendapatkan akses kepada sesuatu IG Stories khas daripada seseorang yang anda gemarkan?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami