Kerajaan Memilih Ericsson Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Di Malaysia

Diterbitkan pada July 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan kini telah memilih Ericsson dalam merekabentuk dan membangunkan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia. Pembangunan ini dijangka menelan kos sebanyak RM11 bilion.

Seperti ramai sedia maklum, pembangunan ini akan diuruskan dibawah Digital Nasional Berhad (DNB). Sebelum ini, tender telah dibuka dengan peruntukkan sekitar RM15 bilion, dan Ericsson dipilih disebabkan oleh kosnya yang lebih rendah.

Dengan pemilihan ini, Ericsson akan melakukan rekabentuk dan pembangunan rangkaian 5G menyeluruh, termasuk teras, rangkaian RAN, operasi, dan juga sokongan sistem untuknya.

Pada masa yang sama, Ericsson juga akan turut mengalakkan pembangunan dan meningkatkan penggunaan 5G di Malaysia, termasuk membangunkan beberapa contoh penggunaan rangkaian pada peringkat industri.

Selari dengan pemilihan ini, rangkaian 5G dijangka akan diperkenalkan di beberapa kawasan seawal penghujung 2021 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami