Carian
TikTok Kini Membolehkan Semua Pengguna Berkongsi Video Sehingga Sepanjang 3 Minit
July 1, 2021 Aman

TikTok sebelum ini sekadar membenarkan majoriti besar pengguna berkongsi video dibawah 60 saat sahaja – tetapi perkara berkenaan dilihat berubah secara berperingkat bermula hari ini.

TikTok Amanz

Kini, TikTok mengumumkan yang mana semua pengguna seluruh dunia akan menerima akses untuk berkongsi video sehingga 3 minit lamanya. Dengan perubahan ini, ia dijangka akan memudahkan lagi pengguna berkongsi hasil karya mereka tanpa perlu membahagikan kepada beberapa bahagian.

Dengan pembaharuan baharu ini juga, TikTok dijangka akan mengekalkan pengguna pada platform mereka untuk tempoh yang lebih lama – dan membuatkan pengguna menghabiskan masa lebih lama pada platform berkenaan.

Selain TikTok, kini Instagram juga telah mengumumkan mereka turut sedang melihat kepada arena video, dan akan memperkenalkan beberapa pembaharuan pada platform mereka dalam bulan-bulan akan datang.

Komen