Sejumlah syarikat sedia menghantar permohonan untuk mendapatkan lesen bank digital, dan kini ia turut disertai oleh penyedia dompet digital, BigPay.
BigPay hari ini mengesahkan perkara berkenaan, dimana mereka telah menubuhkan konsortium bersama MIDF (Malaysian Industrial Development Finance Berhad), Ikhlas Capital, dan juga konglomerat asing.
Sekiranya diluluskan, ia akan melihat pengenalan Bank BigPay.
Bank Negara Malaysia telah pun kini menutup permohonan untuk lesen bank digital, dan dijangka akan mengumumkan penerima lesen berkenaan pada tahun depan. Sebanyak 5 lesen dijangka akan dikeluarkan untuk peringkat pertama ini.