Carian
Pengguna Kini Boleh Tanda Mesej Penting Di Google Message Seakan WhatsApp
July 1, 2021 Fahim Zahar

Sejak Google memberi fokus penuh kepada sistem RCS, iaitu sistem permesejan seakan iMessage untuk peranti-peranti Android – aplikasi Google Message telah menjadi semakin baik dan menarik untuk digunakan. RCS juga boleh digunakan di Malaysia, jika anda aktifkannya dan pelan telko yang anda gunakan menyokongnya.

Google Message boleh menghantar lokasi, menyokong Google Assistant dan banyak lagi. Terkini, Google membenarkan pengguna tanda mesej yang penting atau mesej kegemaran agar mudah untuk pengguna merujuk semula apabila diperlukan. Ia menggunakan sistem bintang seakan WhatsApp.

Semua mesej yang telah ditanda dengan bintang akan dikumpulkan dalam kategori Dibintangi atau Starred. Teks atau gambar turut boleh ditanda dan melalui carian atau menu khas Dibintangi ini, pengguna boleh lihat semua mesej dan imej yang telah ditanda untuk muat turun, kongsi, salin dan lain-lain dengan lebih mudah.

Ciri ini dilihat hadir melalui versi Beta 8.5.2023 yang boleh anda muat turun di Play Store.

Komen