Cari @ Amanz

Paten dalam arena teknologi bukan sesuatu yang baharu. Pelbagai syarikat bereksperimen, dan hadir dengan peranti konsep, selain mempatenkan teknologi yang mungkin dikomersilkan pada suatu masa kelak.

Terbaru, melalui LetsGoDigital, Vivo dilihat telah mempatenkan rekaan sebuah telefon pintar yang turut dilengkapi dengan sebuah dron bersaiz kecik pada bahagian atas yang boleh ditanggalkan.

Dengan penggunaan dron ini pada telefon pintar, ia dilihat ingin memfokuskan kepada memudahkan pengguna merakamkan gambar swafoto yang lebih baik berbanding kebiasaan.

Paten ini memperlihatkan penggunaan dron kecik dengan kuad-kopter, membolehkan pengguna menanggalkannya daripada bahagian atas, dan menerbangkannya dalam merakamkan gambar.

Kamera disertakan pada bahagian dron berkenaan untuk tujuan rakaman gambar.

Apa pun, ia masih tidak diketahui sama ada pengenalan telefon pintar ini akan dipasarkan atau sebaliknya – memandangkan terdapat sejumlah persoalan seperti kestabilan ketika rakaman, ketahanan dron berkenaan, dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd