Samsung Galaxy A22 5G Kini Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM999

Diterbitkan pada July 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah lagi peranti Samsung di bawah siri Galaxy A ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Peranti berkenaan adalah Samsung Galaxy A22 5G dan ia telah disenaraikan untuk dijual di laman rasmi mereka. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM999 dan terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti Grey, Mint atau Violet.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy A22 5G didatangkan dengan skrin bersaiz 6.4-inci TFT LCD dengan resolusi FHD+. Ia juga dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 700, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh. Melengkapinya juga adalah tetapan kamera dengan sensor utama 48-Megapixel, 5-Megapixel untuk lensa ultra-lebar dan 2-Megapixel untuk tujuan kedalaman. Kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, pembesar suara mono dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami