Virgin Galactic Akan Menghantar Richard Branson Ke Angkasa Lepas Pada 11 Julai

Diterbitkan pada July 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suatu ketika dahulu hartawan membelanjakan wang mereka memberi rumah agam dan kapal layar peribadi gergasi untuk menunjukkan kemewahan mereka. Tetapi kini hartawan dengan harta yang tidak luak untuk 100 generasi kini membelanjakan wang ke dalam projek angkasa lepas peribadi. Sir Richard Branson, pengasan kumpulan syarikat Virgin kini akan dapat memintas Jeff Bezos sebagai bilionwan pertama ke angkasa lepas.

Syarikat Virgin Galactic milik beliau akan melakukan penerbangan ke angkasa lepas dengan krew penuh pertama pada 11 Julai hadapan. Selain Branson, misi Unity 22 menggunakan kapal angkasa VSS Unity ini akan membawa tiga lagi penumpang dan dua juruterbang. Ini adalah lebih awal dari rancangan Jeff Bezos untuk ke angkasa lepas pada 21 Julai menggunakan kapsul New Shepard.

Ia akan menjadi misi keempat VSS Unity dengan penumpang sejak Virgin Galactic memulakan operasi pada tahun 2004. Mereka yang terawal membuka lapangan terbang angkasa lepas Gateway to Space di New Mexico dua tahun lalu.

Virgin Galactic menawarkan penerbangan ke permulaan angkasa lepas yang akan menawarkan pengalaman sifar graviti selama beberapa minit sebelum pulang semula ke bumi. Setakat 600 individu telah menempah tiket untuk menaiki VSS Unity dengan tiket dijual pada harga $250,000 sekepala.

Tidak seperti SpaceX dan Blue Origins, Virgin Galactic tidak menggunakan roket untuk menghantar pelanggan ke angkasa lepas. Sebaliknya VSS Unity diangkat ke ketinggian 50,000 kaki oleh kapal terbang White Knight Two sebelum enjin roket dihidupkan untuk penjalaan ke angkasa lepas

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami