Microsoft Mengubah Warna Skrin BSOD Pada Windows 11 Kepada Warna Hitam

Diterbitkan pada July 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft melalui Windows 11 sedia menawarkan sejumlah pembaharuan, termasuk pada antaramuka dan ciri-ciri yang dibawakan bersama dengannya. Menariknya, skrin BSOD yang berwarna biru selama ini turut akan menerima perubahan, dan akan diubah kepada warna hitam.

Apa pun, dari segi rekaan lain, ia menyerupai rekaan skrin pada Windows 10, dimana ia menyertakan emoji berbentuk sedih, selain memaparkan informasi dengan kemudahan mengimbas kod QR.

Dengan perubahan warna hitam, mungkin ia memberikan keselesaan pada mata, disamping lebih mesra pengguna yang memilih tema gelap berbanding kebiasaan.

Bagi anda, adakah anda lebih mengemari skrin berwarna biru atau hitam untuk BSOD?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami