Cari @ Amanz

Kawalan kerajaan terhadap penggunaan media sosial bukanlah sebuah konsep yang baru. Negara-negara seperti Rusia dan China secara lazimnya akan mengawal kandungan atas-talian yang boleh dilihat oleh rakyat negara tersebut, termasuklah interaksi diantara rakyat.

Terkini, Vladimir Putin, Presiden Rusia baru menandatangani undang-undang yang mengatakan syarikat-syarikat media sosial yang mempunyai kehadiran di negara tersebut, dan jumlah pengguna aktif lebih tinggi daripada 500,000 pengguna rakyat tersebut haruslah membuka syarikat ataupun entiti sah di Rusia.

Kegagalan untuk mendaftar sebuah entiti sah di negara tersebut akan mengakibatkan perkhidmatan tersebut diperlahankan secara sengaja, ataupun diharamkan terus penggunaannya di Rusia. Ini bukanlah kali pertama kerajaan tersebut cuba untuk melakukan perkara seperti ini.

Apabila Google dan Twitter gagal untuk memadamkan kandungan yang bersifat kritikal terhadap kerajaan tersebut, kedua-dua syarikat teknologi tersebut memperlihatkan kadar kelajuan yang sangat rendah di kalangan pengguna di negara tersebut.

Kerajaan-kerajaan lazimnya mengambil langkah autokratik seperti ini dengan mengatakan bahawa ia adalah untuk kebaikan rakyat mereka, tetapi kadar penyalahgunaan undang-undang seperti ini juga dapat dilihat mengekang demokrasi dan kebebasan rakyat mana-mana negara.

Sumber: Reuters

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd