WhatsApp Kini Menguji Kemampuan Muat-Naik Video Berkualiti Tinggi

Diterbitkan pada July 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak seperti Telegram, sebarang perkongsian fail berbentuk gambar atau video yang dikirim menerusi Whatsapp pasti kualitinya akan dikurangkan. Sekaligus, menjadikannya nampak kurang memuaskan. Namun begitu, tidak lama lagi keadaan ini akan berubah. Sebabnya, WhatsApp kini sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna memilih kualiti video sebelum menghantarnya.

Memetik tangkap layar yang dikongsi, fungsi ini didatangkan dengan tiga pilihan tahap kualiti video yang boleh dipilih. Antaranya seperti, pilihan ‘Auto’ (disyorkan) yang mana WhatsApp sendiri akan memilih kualiti apa yang terbaik untuk sesebuah video tertentu. Kemudian, pilihan ‘Best Quality‘ pula membolehkan pengguna menghantar video berkualiti tinggi sama seperti fail asal. Akhir sekali, terdapat juga pilihan ‘Data Saver‘ yang mana kualiti video akan dikurangkan terlebih dahulu sebelum ianya dihantar.

Buat masa ini, fungsi masih lagi dalam pembangunan dan akan menerima beberapa penambah-baikan sebelum dilancarkan bagi versi penuh. Selain itu, masih belum diketahui bilakah WhatsApp akan memberi kemaskini ini secara terbuka. Tetapi ini semestinya merupakan salah satu ciri yang dinantikan ramai pengguna kerana ia memudahkan penghantaran video dengan kualiti tinggi kelak.

Sumber : Wabetainfo

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami