ZTE merupakan salah satu pengeluar telefon pintar mudah-alih, yang turut sering hadir dengan sejumlah penawaran menarik. Terbaru, pihak ZTE dilihat mengacah pengenalan telefon pintar menggunakan memori 20GB RAM tidak lama lagi.

Untuk makluman, pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar yang menawarkan telefon pintar dengan memori sehingga 18GB RAM. Antaranya termasuk pihak Nubia sendiri yang menawarkan telefon RedMagic yang dilengkapi memori sehingga 18GB RAM.
Buat masa ini, ZTE masih belum berkongsi berkenaan apakah telefon pintar yang akan menggunakan memori sehingga 20GB RAM ini.
Ia juga tidak diketahui sama ada 20GB RAM ini akan ditawarkan secara fizikal keseluruhannya, atau akan ditawarkan dalam penambahan memori maya seperti yang dilakukan oleh Oppo dan Vivo.