Carian
ZTE
ZTE Axon 30 Ultra 5G Memasuki Pasaran Malaysia Pada Harga RM3599
July 3, 2021 Aman

ZTE Malaysia kini telah pun membawa masuk telefon pintar mercu terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu ZTE Axon 30 Ultra.

Telefon mercu ini hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, dan fokus terhadap pengambaran.

ZTE Axon 30 Ultra

ZTE Axon 30 Ultra hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, dijana dengan cip Snapdragon 888, menawarkan memori 8GB RAM dan storan 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat kamera belakang, dimana menggunakan lensa utama 64-megapixel, lensa ultra-lebar 64-megapixel, lensa potrait 64-megapixel, dan lensa telefoto 8-megapixel. Untuk rakaman swafoto, ia menggunakan kamera 16-megapixel dihadapan.

ZTE Axon 30 Ultra

Telefon pintar ini turut dilengkapi bateri 4600mAh dengan pengecas pantas 65W bersama dengannya.

ZTE Axon 30 Ultra menyertakan pengimbas jari disebalik skrin, dan menjalankan Android 11 dilengkapi antaramuka MyOS 11.

ZTE Axon 30 Ultra

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM3599 di Shopee dan Lazada bermula hari ini.

Komen