Carian
Peranti Pertolongan Cemas Yang Menampal Luka Ditikam Dihasilkan
July 3, 2021 Effi Saharudin

Di negara seperti UK pemilikan peribadi senjata api adalah tidak dibenarkan oleh itu masalah jenayah tembak menembak adalah rendah. Tanpa senjata api, ia mengalami masalah insiden tikam yang tinggi terutamanya di kalangan remaja. Masalah dengan kecederaan akibat di tikam ialah bantuan kecemasan sukar diberikan kerana luka yang terlalu dalam. Akibatnya masa tikam akan meninggal dunia dalam masa lima minit kerana pendarahan yang gagal dihentikan.

Kerana insiden tikam semakin meningkat di UK, REACT dibangunkan oleh Joseph Bentley seorang pelajar tahun akhir Loughborough University. Sistem terdiri dari tampon silikon yang disumbat ke dalam kawasan tikaman dan alat yang mengepam udara ke dalam tampon. Belon silikon akan memberikan tekanan ke dalam kawasan tikaman untuk menghentikan pendarahan sementara menanti pembedahan.

REACT direka khusus untuk kawasan tikaman yang sukar dihentikan pendarahan seperti di bawah ketika, celah kelangkang dan abdomen. Secara lazimnya dalam situasi sebegini kawasan tikaman disumbat dengan kain kasa dalam jumlah yang banyak. Kita pertolongan cemas tidak mempunyai kain kasa yang mencukupi untuk menghentikan pendarahan.

Peranti ini masih lagi di peringkat prototaip tetapi Bentley berharap ia boleh dibangunkan dengan segera dan diberikan kepada anggota polis yang terawal tiba ke lokasi jenayah apabila panggilan kecemasan diterima.

Komen