Star Media Group Turut Membuat Permohonan Lesen Bank Digital

Diterbitkan pada July 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Star Media Group yang sedia terkenal dengan akhbar The Star, kini dilihat turut telah melakukan permohonan kepada Bank Negara Malaysia dalam mendapatkan lesen bank digital.

Star Media Group dilihat membentuk konsortium dengan beberapa pihak, termasuk Paramount Corp Bhd. Paramoun sebelum ini telah melabur pada Fundaztic yang menawarkan perkhidmatan pinjaman P2P.

Dompet Digital

Star Media Group sedia melakukan sejumlah pelaburan dalam arena teknologi, termasuk mempunyai sejumlah penawaran dibawah mereka. Penyertaan dalam arena kewangan ini akan membuka peluang perniagaan baharu kepada pihak Star, dan rakan konsortium yang lain.

Mengikut perkongsian Bank Negara Malaysia, sebanyak 29 permohonan telah diterima, dan sehingga 5 lesen bank digital dijangka akan dikeluarkan pada awal tahun 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami