Samsung sering memperkenalkan sejumlah peranti baharu melalui acara Unpacked. Selepas beberapa acara utama pada tahun ini, acara Samsung Unpacked seterusnya kini dilaporkan bakal diadakan pada 11 Ogos 2021 kelak.
Laporan daripada Korea Selatan ini mengatakan pihak Samsung telah mengesahkan tarikh berkenaan kepada pihak mereka.
Mengikut desas-desus sebelum ini, Samsung akan memperkenalkan Galaxy Z Fold 3, Galaxy Z Flip 3, Galaxy Watch 4, Galaxy Watch Active 4 dan juga Galaxy Buds 2 pada acara berkenaan.
Pihak Samsung masih belum mengeluarkan sebarang jemputan rasmi berkaitan dengan Samsung Unpacked buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa hari lagi.