Cari @ Amanz

Dizo merupakan salah satu jenama dibawah ekosistem Realme, dan telah memperkenalkan sejumlah aksesori berhubung sebelum ini. Terbaru, selain daripadanya, Dizo kini turut mengacah pengenalan sebuah telefon bimbit baharu.

Melalui gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan rekaan bahagian kamera berbentuk bulat.

Walaupun ia hadir dengan rekaan poster acah adalah seumpama sebuah telefon pintar, namun ia adalah sebuah telefon bimbit.

Mengikut info tertiris, ia merupakan peranti yang dinamakan sebagai Dizo Smart 500. Telefon bimbit ini akan memfokuskan kepada ciri-ciri asas telefon, dan hadir dengan sokongan rangkaian 2G.

Selain Dizo Smart 500, pihak Dizo turut dijangka turut memperkenalkan Dizo Smart 300. Penyertaan ini mungkin memberikan persaingan kepada pasaran yang turut menjadi tumpuan pihak Nokia melalui HMD Global.

Apa pun, sama-sama kita nantikan info lanjut berkenaan pengenalan telefon Dizo ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd