Jeff Bezos Bersara Dari Jawatan CEO Amazon Dengan Kekayaan RM840 Bilion

Diterbitkan pada July 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jeff Bezos hari ini telah pun meletakkan jawatan sebagai CEO Amazon, sekaligus berhenti daripada jawatan tersebut dengan nilai kekayaan $203 bilion, iaitu sekitar RM843 bilion mengikut data Bloomberg.

Jeff Bezos memilih tarikh 5 Julai ini untuk berhenti, kerana ia genap 27 tahun sejak syarikat Amazon ditubuhkan. Beliau kini akan digantikan oleh Andy Jassy yang sebelum ini menerajui AWS sejak 2016 yang lepas.

Jeff Bezos akan terus menjadi pengerusi Amazon, dan pada masa yang sama, turut menguruskan beberapa syarikat lain dibawah beliau.

Dibawah Jeff Bezos, Amazon bukan sahaja menjadi kedai jual buku, tetapi telah menjadi sebuah perkhidmatan edagang gergasi, dan kini turut menyediakan perkhidmatan AWS untuk web yang digunakan pelbagai pihak, dan menjadi manusia terkaya di dunia.

Kelak pada bulan ini juga, jeff Bezos akan menjadi salah seorang penumpang misi angkasa pertama untuk roket New Shepard.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami