Carian
Astro Menyelesaikan Masalah Hilang Siaran Kerana Hujan Dengan Continuous Viewing
July 5, 2021 Effi Saharudin

Adalah lumrah pada perkhidmatan TV satelit Astro untuk mengalami gangguan sekiranya hujan atau awan terlalu tebal. Ia menjadi jenama yang kini tidak lagi kelakar kerana alternatif yang ditawarkan perkhidmatan lain tidak mempunyai masalah yang sama. Selepas 25 tahun beroperasi, Astro akhirnya menyelesaikan isu ini dengan Continuous Viewing.

Coniunous Viewing akan menstrim saluran yang ingin ditonton sejurus selepas berlaku gangguan kepada isyarat satelit di parabola. Ini memerlukan pengguna perlu menyambungkan kotak TV di rumah kepada Internet. Pertukaran masih perlu dilakukan secara manual apabila dialog gangguan dikesan. Pada masa yang sama apabila siaran satelit diterima semula pengguna perlu melakukan pertukaran secara manual sekali lagi.

Ia juga pada waktu ini hanya disokong pada kotak TV Ultra Box sahaja terlebih dahulu sebelum akan turut diberikan kepada Ulti Box. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Ultra Box memerlukan kelajuan sekurang-kurangnya 30 Mbps untuk kandungan 4K dan Ulti pula sekurang-kurangnya 10 Mbps.

Komen